π‘πˆππ”π€π π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ β€˜π’π„π‘ππ”β€™ 𝐒𝐏𝐓𝐂, 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐉𝐀 ππ€πˆπŠπˆ 𝟏𝟎 πŠπ€ππ€π‹ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍

17 Ogos 2025

Selepas 35 tahun, Pulau Pinang kembali menjadi tumpuan dengan penganjuran ASEAN Navies’ City Parade (ANCP) yang berlangsung meriah hari ini, di Padang Kota Lama bersama sambutan Hari Buletin 4.0 anjuran kerajaan negeri.

Suasana di Terminal Pelayaran Jeti Swettenham (SPCT) hari ini hangat dengan kehadiran ribuan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga, pelajar sekolah dan peminat dunia ketenteraan yang begitu teruja untuk naik dan meneroka sendiri kecanggihan aset pertahanan maritim serantau dan keadaan di dalam kapal tentera laut dari negara ASEAN termasuk Malaysia.

Pengunjung boleh melawat kapal-kapal ini dari 12 tengahari hingga 6 petang.

ANCP merupakan inisiatif Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi memperkenalkan serta mempromosikan tradisi ketenteraan laut kepada masyarakat umum, membabitkan perarakan kontinjen daripada 10 kapal tentera laut negara ASEAN.

ANCP juga merupakan antara aktiviti pengisian bagi latihan ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX) ke-3 selama tujuh hari.

Penganjuran ANCP di Pulau Pinang juga mempunyai nilai sejarah tersendiri apabila mengimbau kenangan pelaksanaan International Royal Fleet Review (IRFR) pada 19 Mei 1990 yang melibatkan 59 kapal perang dan 11,000 warga tentera laut dari pelbagai negara.

Sebagai penghargaan kepada jasa veteran, 30 bekas anggota TLDM turut menyertai perarakan hari ini, diserikan dengan penyertaan Persatuan Peranakan Cina Pulau Pinang, Boria Omara dan Persatuan Chingay Pulau Pinang.

πŸ“Έ Ariff Sarbri/BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *