Mahkamah Koroner Kota Kinabalu tetapkan esok tarikh dengar inkues Zara Qairina- AGC

Oleh: Sholina Osman
17 OGOS 2025

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah telah menetapkan tarikh sebutan 18 Ogos 2025 (esok) bagi menetapkan tarikh-tarikh pendengaran inkues Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Kenyataan media AGC hari ini (17 Ogos) memaklumkan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah telah membuat permohonan kepada Mahkamah Koroner Kota Kinabalu agar suatu inkues diadakan, selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

“Memandangkan kes ini adalah suatu kes yang berkepentingan awam, Jabatan ini akan memohon agar permohonan kes ini dipercepatkan,” kata kenyataan itu lagi.

Ia demi memastikan keadilan dapat ditegakkan, bukan sahaja kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina tetapi juga demi kepentingan masyarakat umum. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *