

Oleh: Sholina Osman
22 OGOS 2025
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan satu insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet telah berlaku pada 21 Ogos 2025 jam 9.05 malam di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.
Kenyataan media Bahagian Perhubungan Awam TUDM memaklumkan kini pihaknya sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut.
Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih. – JM
