



PUTRAJAYA, 29 Ogos 2025 β Raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung dengan penuh meriah apabila ribuan pengunjung hadir seawal jam 6 pagi bagi menyaksikan persiapan akhir menjelang sambutan rasmi pada 31 Ogos nanti.
YAB Datoβ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia turut berkesempatan meninjau kelancaran raptai tersebut sambil menyantuni para petugas perarakan yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran acara gilang-gemilang ini.
Keberangkatan beliau menyerikan lagi suasana raptai yang menjadi simbol kesepaduan, semangat patriotisme serta iltizam seluruh warga Malaysia dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2025.
Foto oleh: Mohd Najib bin Mohaini (UKK JPM)
HKHM2025
JabatanPerdanaMenteri
MalaysiaMADANI
RakyatDisantuni
RancakkanMADANI
MADANIBekerja
TaatSetia
@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
