Kontinjen MCMC catat sejarah pertama kali sertai perarakan Hari Kebangsaan ke-68

Wartawan JM
31 OGOS 2025

Buat pertama kali kontinjen Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melangkah gagah dalam perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 ke-68 di Dataran Putrajaya tahun ini.

Seramai 54 pegawai menggalas peranan dalam kontinjen MCMC, membawa semangat perpaduan dan aspirasi digital untuk Malaysia MADANI.

Sekali gus ia mencatat detik bersejarah buat warga MCMC di pentas kebangsaan.

“MCMC turut menampilkan kereta berhias yang memperagakan inisiatif utama seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kenderaan PRIME, NEXUS, JENDELA serta Kapten K-Dat menerusi Kempen Internet Selamat (KIS),” kata MCMC dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *