


Wartawan JM
5 SEPT. 2025
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menghadiri mesyuarat dengan pihak TikTok di Bukit Aman.
Beliau bersama-sama Timbalannya, Teo Nie Ching, pasukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengulangi pendirian tegas kerajaan bahawa keselamatan rakyat Malaysia, khususnya golongan kanak-kanak, adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi.
DI ALAM SIBER
“Prinsip ini merangkumi semua ruang, termasuklah di alam siber yang semakin mencabar dan memerlukan kawalan serta tanggungjawab bersama,” kata Fahmi dalam hantaran di FB.
Jelas Fahmi kerajaan turut menekankan bahawa mana-mana pihak sekali pun, termasuk platform media sosial, wajib mematuhi undang-undang negara.
“Langkah ini penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat, melindungi golongan rentan, dan menjamin ruang digital yang lebih selamat untuk semua,” jelas Fahmi. – JM
