Agong, Permaisuri berangkat ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M

Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Ibrahim
5 SEPT. 2025

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1447H/2025M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, hari ini (5 September).

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Pada majlis yang bertemakan ‘Membangun Ummah Madani’, nSeri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan kepada Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul SAW kepada enam penerima iaitu Sheikh Hj. Wazir Che Awang (Kategori Agamawan), Khairul Amin Kamarulzaman (Usahawan/Teknokrat Berjaya), Ismail Abdul Ghani (Wira Negara), Dayang Nur Maisarah Abang Abdul Razak (Belia Harapan), Muhammad Usamah Zaid Yasin (Pengkarya/Inovator Kreatif) dan Angeline Tan (Saudara Baharu Cemerlang). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *