Fahmi bersama MCMC tinjau kualiti liputan komunikasi di Kampung Sepagaya, Lahad Datu

Oleh: Sholina Osman
6 SEPT. 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengadakan tinjauan dan pengujian kualiti liputan komunikasi di Kampung Sepagaya,
Lahad Datu, Sabah.

Kenyataan media Komunikasi Korporat MCMC memaklumkan bagi menilai prestasi serta tahap kesiapsiagaan penyedia
perkhidmatan komunikasi (telco) dalam menghadapi Monsun Timur Laut.

Melalui ujian bersama CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL menggunakan aplikasi MCMC NEXUS menunjukkan menara komunikasi di kawasan tersebut mampu mencapai kelajuan hingga 300Mbps bagi rangkaian 5G dan 80Mbps bagi 4G,
sekali gus memanfaatkan kira-kira 3,800 penduduk setempat.

Setakat 31 Julai 2025, liputan Internet di kawasan berpenduduk di Sabah telah mencapai 95.30 peratus, peningkatan ketara berbanding 73.41 peratus sebelum pelaksanaan
projek Jalinan Digital Negara (JENDELA).

PERKHIDMATAN KOMUNIKASI KEKAL

Bagi memastikan perkhidmatan komunikasi kekal stabil sepanjang musim banjir, semua telco diminta menambah kapasiti rangkaian serta menyediakan bekalan kuasa
sokongan, termasuk genset dan sistem hibrid solar, memandangkan Kampung Sepagaya merupakan lokasi berisiko banjir ketika Monsun Timur Laut.

Selain usaha memperkukuh kualiti liputan, dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berdekatan iaitu NADI Kampung Sepagaya dan NADI Layung Industrial turut disediakan untuk kegunaan komuniti bagi pelbagai perkhidmatan digital selaras
dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk meningkatkan ketercapaian digital, memacu pembangunan sosioekonomi serta memperkukuh agenda pendigitalan negara.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri MohamadFauzi Md Isa dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *