



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
11 SEPT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan keberadaan KEADILAN di Sarawak perlu terus dimantapkan agar parti ini benar-benar menjadi suara rakyat keseluruhan serta mampu mengangkat agenda perubahan yang inklusif.
Beliau berkata KEADILAN bukan sekadar sebuah parti politik, ia merupakan wadah perjuangan rakyat yang sentiasa mendengar denyut nadi masyarakat, membela kepentingan mereka ke meja dasar demi kesejahteraan bersama.
“Pertemuan dalam bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak ini menjadi medan penting untuk memperkukuh organisasi parti di setiap peringkat serta menyelaras usaha memperhebat jentera parti di negeri ini,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Pada majlis berkenaan beliau turut memperincikan dasar dan polisi Kerajaan MADANI agar ia dapat difahami, dihayati dan dirasai oleh rakyat Sarawak melalui pimpinan negeri. – JM
