


Oleh: Sholina Osman
18 SEPT. 2025
Kejayaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memenangi Anugerah Kecemerlangan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) TVET kategori Universiti dan Kolej Universiti di Anugerah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2025 baru-baru ini hendaklah dijadikan sebagai pemangkin serta pembakar semangat untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang membanggakan di masa hadapan.
Anugerah tersebut mengiktiraf keupayaan UniMAP memanfaatkan teknologi pendidikan terkini, penawaran program TVET pelbagai disiplin yang memenuhi keperluan pasaran, dan kolaborasi strategik bersama industri.
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat melancarkan Promosi Masakan Perlis berupa ‘Kurma Daging Perlis yang diadakan di Hotel Ibis Style Bandung, Indonesia baru-baru ini.
SAMA-SAMA MEMPROMOSI KEMPEN
Ia dijayakan oleh pihak hotel berkenaan dengan kerjasama UniMAP, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan BMC Travel bagi sama-sama mempromosikan kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2026.
Tuanku Raja Muda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi oleh delegasi International Leadership Mobility 2025 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disambut oleh
Pengurus Makanan dan Minuman hotel bertaraf empat bintang yang telah beroperasi sejak 2021 itu iaitu Ricky Firmansach. – JM
