Kerajaan beri jaminan melakukan sedaya upaya pastikan sukarelawan Malaysia dibebaskan – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
3 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa segala daya dan upaya sedang digembleng bagi memastikan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera tanpa sebarang kompromi.

“Sebagai Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara, saya turut menitipkan salam kepada keluarga delegasi Malaysia, selain meminta agar keadaan kesihatan dan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian sepenuhnya,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Sebelum itu Anwar telah berhubung dengan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, Sani Araby bagi mendapatkan perkembangan terkini terkait usaha membawa pulang aktivis dan sukarelawan Malaysia. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *