




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
4 OKT. 2025
Jika Malaysia mahu melonjakkan ekonomi, ia menuntut kempen besar-besaran berteraskan perpaduan nasional, merangkumi semua lapisan masyarakat termasuk komuniti miskin, agar rakyat diperkasa dan tidak terpinggir dalam menghadapi cabaran semasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan demikian ketika melancarkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan Malaysia 2025-2030 dan Bulan Literasi Kewangan 2025 hari ini.
“Bulan literasi kewangan dan dokumen Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2026-2030 adalah inisiatif ampuh untuk memupuk kesedaran awam berkaitan kepentingan kewangan yang kukuh dan selamat dalam jangka panjang,” kata beliau dalam hantaran di FB.
TERAS PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Anwa berkata literasi kewangan mesti dijadikan teras pembangunan masyarakat, supaya pertumbuhan ekonomi dirasai semua rakyat, bukan hanya segelintir elit.
“Malaysia memiliki sumber dan bakat untuk berjaya, dan literasi kewangan harus menjadi asas agenda nasional menuju 2030 dan seterusnya,” kata beliau lagi. – JM
