Perkukuh kerjasama Malaysia-Pakistan buka peluang baharu peringkat global – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa kerjasama sedia ada dengan Pakistan wajar diperkukuh bagi mencapai potensi sebenar serta membuka peluang baharu di peringkat global.

Beliau juga yakin kepimpinan kedua-dua negara berkongsi visi dan komitmen untuk merealisasikan kerjasama yang erat antara kerajaan dan sektor swasta.

“Kejayaan hubungan dua hala tidak bergantung kepada persahabatan semata-mata, tetapi menuntut komitmen politik yang kukuh dan pelaksanaan dasar yang cekap bagi menjamin ketahanan ekonomi bersama,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar berucap pada majlis Pakistan Malaysia Business & Investment Conference di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur.

Dalam agenda lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan, Mian Shehbaz Sharif ke Malaysia, kedua pemimpin ini turut menghadiri majlis bersama komuniti perniagaan bagi memperkukuh potensi ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *