Agong kurnia Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis 2025 kepada 109 penerima

Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Islandar
22 OKT. 2025

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Tahun 2025 di Istana Negara, hari ini (22 Oktober).

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail; Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Awang Alik Jeman dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pada istiadat berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada empat pegawai kanan polis iaitu Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid; Pengarah Logistik dan Teknologi PDRM Gilberd Anak Philip Layang; Ketua Polis Johor
Datuk Ab Rahaman Arsad dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ts Azizee Ismail.

BAGINDA BERKENAN MENGURNIAKAN

Pada istiadat itu juga, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) kepada lima penerima, Pahlawan Pasukan Polis (PPP) kepada 16 penerima, Kesatria Pasukan Polis (KPP) kepada enam penerima dan Bentara Pasukan Polis (BPP) kepada 78 penerima.

Penganugerahan DKPP diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di dalam perkhidmatan PDRM. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *