






Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
26 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Beliau berkata Presiden Trump turut dipertontonkan dengan persembahan kebudayaan yang memperlihatkan keindahan warisan seni dan budaya Malaysia.
“Usai sesi di KLIA, kami kemudian bergerak ke KLCC untuk meneruskan agenda sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, ” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM
