


Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
26 OKT. 2025
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh hebat dan bersejarah yang berperanan sebagai perantara kepada perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand hari ini.
Beliau melahirkan penghargaan di atas kejayaan Anwar.
Trump berkata demikian sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian damai “Delivering Peace – Cambodia-Thailand Peace
Deal” di sini hari ini.
PERDANA MENTERI THAILAND
Turut hadir ialah Anwar, Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet.
Trump menjelaskan beliau juga berasa terpanggil untuk melawat Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 selepas Anwar berjaya menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua negara berkenaan.
“Kedua-dua pemimpin (Thailand dan Kemboja) amat menghormati antara satu sama lain, namun Anwar memainkan peranan penting dalam membantu mempertemukan kedua-dua pihak untuk mengadakan rundingan di Kuala Lumpur,” katanya. – JM
