ASEAN hargai persahabatan erat Jepun – PMX

Wartawan JM
Foto: Izzuddin Abd Radzak, Shahnaz Fazlie
26 OKT. 2025

ASEAN amat menghargai persahabatan erat Jepun serta sokongan berterusannya dalam memperkasa inovasi, rantaian bekalan yang berdaya tahan, tenaga bersih dan pertumbuhan berteraskan insan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ASEAN juga berhasrat untuk terus bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Sanae Takaichi dan Kerajaan Jepun dalam memperkukuh hubungan yang berasaskan kepercayaan, nilai bersama serta cita-cita murni demi keamanan dan kemakmuran serantau.

“Saya turut mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN–Jepun ke-28 yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Jepun baharu, Sanae Takaichi,” katanya dalam hantaran di FB.

LAWATAN KERJA PERTAMA

Anwar berkata ini merupakan lawatan kerja pertama Takaichi ke luar negara selepas memegang jawatan dan sebagai Perdana Menteri wanita pertama Jepun, pastinya amat bermakna dan mencerminkan komitmen beliau terhadap usaha memperkukuh kerjasama serantau.

Beliau berkata Sidang kemuncak ini menjadi wadah penting bagi ASEAN dan Jepun memperkukuh ketahanan serantau, merangkumi pembangunan infrastruktur, kesiapsiagaan bencana, serta usaha mempersiapkan generasi muda ASEAN menghadapi ekonomi hijau dan digital masa hadapan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *