



Wartawan JM
Foto: Afiq Hambali
28 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Perdana Menteri Vietnam, Phạm Minh Chính bagi membincangkan usaha memuktamadkan Pelan Tindakan Kerjasama Strategik Komprehensif antara kedua negara.
Anwar berkata pertemuan mereka ini lebih terarah kepada usaha perluasan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, elektrik dan elektronik (E&E), kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan industri halal, selain memperkukuh kerjasama tenaga hijau menerusi projek Gentari–TNB–Petrovietnam melibatkan tenaga angin dan solar.
“Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global termasuk keselamatan makanan, jenayah rentas sempadan, Laut China Selatan dan Myanmar, dengan komitmen bersama untuk terus memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
