PMX ulangi pendirian Malaysia iktiraf hak mutlak rakyat Palestin ketika naik “The Beast” dengan Trump

Wartawan JM
30 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau menggunakan peluang 40 minit menaiki “The Beast” atas pelawaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump itu dengan mengulangi pendirian Malaysia berhubung pengiktirafan hak mutlak rakyat Palestin.

Beliau juga meminta keperluan segera menoktahkan penindasan terhadap penduduk Gaza.

Tambah Perdana Menteri Malaysia akan terus lantang menyuarakan pandangan terhadap kekejaman rejim Zionis dan berdiri teguh mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat.

“Perkara ini saya maklumkan dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, dan saya ulangi dengan tegas dalam Sidang Kemuncak ASEAN–AS, Mesyuarat Dua Hala Malaysia–Amerika Syarikat, serta Perjanjian Damai Kuala Lumpur,” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *