MAJLIS PENYERAHAN KERETA PENGIRING BAHARU (LEAD CAR) JABATAN PENJARA MALAYSIA

KAJANG, 5 November 2025 – Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, YBhg. Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Razak menyempurnakan Majlis Penyerahan Kereta Pengiring Baharu (Lead Car) Jabatan Penjara Malaysia dalam satu majlis ringkas namun penuh signifikan yang berlangsung bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan aset logistik jabatan.

Pelaksanaan penyerahan ini menzahirkan iltizam Jabatan Penjara Malaysia dalam mempertingkat tahap kecekapan, keselamatan serta profesionalisme pegawai pengiring, seiring tuntutan operasi semasa. Penggunaan Lead Car baharu ini bukan sahaja memperkasa keberkesanan operasi pergerakan VVIP, tahanan berisiko tinggi dan tugasan rasmi jabatan, malah turut meningkatkan imej perkhidmatan serta penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berintegriti dan berwibawa.

Majlis ini turut menunjukkan kerjasama strategik bersama pihak SPANCO YBhg. Dato’ Haji Azman bin Haji Idris, Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO SDN BHD dan YDH. Encik Fahruriza bin Manah, Bahagian Pengurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan Malaysia dalam usaha penambahbaikan, penyelenggaraan dan pemodenan aset kerajaan. Langkah ini selaras dengan agenda transformasi jabatan menuju penggunaan aset lebih moden, efisien dan menepati standard keselamatan yang ditetapkan.

Inisiatif ini diyakini mampu memperkukuh kesiapsiagaan operasional Jabatan Penjara Malaysia di seluruh negara dalam memastikan setiap tugasan pengiring dilaksanakan dengan tertib, sistematik dan profesional.

Hadir sama, YBrs. TKJP Hafidz bin Othman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), YBrs. KP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, YBrs. KP Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din, Pengarah Bahagian Keselamatan & Ketenteraman Penjara, YBrs. KP Hajah Nora binti Musa, Pengarah Bahagian Korektif serta pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *