




Parlimen, 4 November 2025 (Selasa) – YDH CP Datoβ Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Sesi ini menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan strategik antara JSJN dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mempertingkat keupayaan penguatkuasaan serta keberkesanan risikan terhadap ancaman jenayah narkotik di negara ini.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk prestasi semasa JSJN yang mencatat peningkatan ketara dalam rampasan dadah bernilai tinggi, usaha pelucuthakan aset sindiket, cadangan pindaan undang-undang dadah, isu pelaksanaan Akta 283 (Pindaan 2024), serta pelan pengukuhan 1,000 perjawatan baharu JSJN bagi meningkatkan kecekapan operasi.
Turut dikemukakan ialah cadangan penganjuran βInternational Symposium on Drug Intelligence, Forensics & Human Resilience (IS-DIFHR 2026)β, yang bakal menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam bidang risikan dan forensik dadah berasaskan sains dan teknologi.
YDH CP Datoβ Hussein turut merakamkan penghargaan kepada YB Menteri Dalam Negeri atas komitmen dan perhatian tinggi terhadap usaha memperkukuh peranan JSJN di bawah teras strategik KDN.
Turut hadir, YDH DCP Mohd Zani bin Che Din, Timbalan Pengarah Narkotik (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), YDH DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin bin Che Ali, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), YDH SAC Datuk Mohd Zaki bin Ashar, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) dan pegawai kanan JSJN Bukit Aman.
Selaras dengan slogan βJSJN Perangi Dadah, Lindungi Generasiβ, jabatan ini kekal komited memperkukuh keupayaan risikan, memantapkan kerjasama antara agensi, dan memperluas jaringan tindakan bersepadu bagi membanteras sindiket dadah yang semakin kompleks.
MDN
JSJN
PDRM
NegaraTanpaDadah
PerangiDadahLindungiGenerasi
fypγ·γviralγ·
Jurugambar :
Koperal Mohd Farid Bin Abdullah
Koperal Mohd Khairuddin bin Shafie
