



PUTRAJAYA, 4 November – SPRM hari ini berkongsi mengenai Peranan, Isu, Cabaran dan Inisiatif Antirasuah kepada Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Sibu (MPS) ke Ibu Pejabat SPRM, di sini.
Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Perbandaran Sibu, Cr. Mohammed Abdullah Izkandar Datoβ Roseley mengetuai delegasi seramai 15 orang peserta merakamkan penghargaan atas perkongsian yang disampaikan oleh PPj Muhammad Zaim Mohd Zuki, Penolong Pesuruhjaya Cawangan Kerajaan dan Agensi, Bahagian Pendidikan Masyarakat dan berharap agar lawatan ini dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada Ahli-Ahli Majlis MPS mengenai kepentingan pembudayaan nilai serta tatakelola yang baik bagi mengukuhkan integriti, akauntabiliti, ketelusan dan keadilan dalam setiap aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi perkhidmatan awam.
Terdahulu, peserta turut dibawa ke sekitar fasiliti bangunan lbu Pejabat SPRM termasuk Konti Radio MACC.fm, Mess Pegawai, Gimnasium, Padang Kayangan Aras 7 serta, Sky Bridge Aras 11.
