





Wartawan JM
9 NOV. 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini hadir ke Program Rapat-Rapat Bah: Komuniti Kampung Sembulan di Gelanggang Futsal UTC Sabah.
Program anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) ini merupakan usaha untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi, di samping memupuk semangat perpaduan serta menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop. – JM
