





WartawanJM
12 NOV. 2025
Foto Ihsan UKK @kpwkm
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) diharap akan terus memperkukuh institusi keluarga melalui penyediaan pelbagai ilmu dan maklumat serta kemahiran keibubapaan.
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata kemahiran komunikasi dalam keluarga dan sokongan kaunseling ini akan mampu menjadikan ibu bapa lebih relevan dengan peredaran zaman.
Terdahulu beliau merasmikan majlis Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) yang telah berlangsung di Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Hajah Nancy Shukri; Ketua Setiausaha KPWKM
Datuk Dr. Maziah Che Yusoff serta Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Abdul Shukur Abdullah.
SERUAN KEPADA MASYARAKAT
Wan Azizah berkata dengan bertemakan “KASIH Keluarga, Bahagia Bersama”, ia adalah seruan kepada masyarakat untuk menghayati nilai K.A.S.I.H merangkumi Kasih sayang , Akhlak mulia, Sihat dan selamat, Ilmu serta Harmoni yang seterusnya menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran negara.
“Sedar tidak sedar, anak-anak kita kini berdepan dengan tekanan dan pengaruh yang semakin kompleks daripada media sosial, rakan sebaya hinggalah kepada cabaran kesihatan mental,” kata beliau dalam hantaran di FB.
“Namun dalam setiap cabaran, kita harus sedar bahawa keluarga adalah benteng perlindungan utama,” tambah Wan Azizah. – JM
