Tanggungjawab semua termasuk penjawat awam pelihara kesatuan, perpaduan negara – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua termasuk penjawat awam untuk terus memelihara kesatuan dan perpaduan negara.

Beliau berkata perjalanan membina sebuah negara yang hebat bukanlah sesuatu yang mudah.

“Harus diingat, cabaran dan ujian akan sentiasa datang silih berganti, itulah lumrah perjuangan dalam usaha membangunkan bangsa dan negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar berucap pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya.

KITA BINA BERSAMA

“Pesanan saya, jangan sekali-kali meruntuhkan apa yang telah kita bina bersama,” tambah beliau.

Beliau berkata ini kerana, kestabilan dan keharmonian yang dinikmati hari ini hanya akan kekal jika semua terus mempertahankannya dengan penuh iltizam, tanggungjawab dan keikhlasan.

Anwar berkata penjawat awam juga perlu sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan.

Beliau berkata jangan berpuas hati dengan pencapaian sedia ada, serta memperkukuh nilai amanah, integriti dan dedikasi dalam setiap pelaksanaan tugas. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *