Pentingnya rakyat pilih kerajaan mampu kerjasama erat dengan Pusat – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
17 NOV. 2025

Pentingnya rakyat memilih kerajaan yang mampu bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan agar manfaat pembangunan dapat dinikmati bersama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasilnyq sudah jelas dimana urang Sabah sendiri dapat merasai perubahan sejak Kerajaan MADANI memimpin, melalui pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di seluruh Negeri Di Bawah Bayu.

Beliau berkata bagi meningkatkan kesalinghubungan di Sabah, antara inisiatif utama adalah program JENDELA yang sangat penting dalam meningkatkan liputan 4G dan 5G, pembinaan menara komunikasi baharu dipergiat, stesen pemancar dinaik taraf, dan jalur lebar berasaskan teknologi satelit disediakan untuk kawasan yang memerlukan

“HARAPAN saya jelas, urang Sabah mesti terus menikmati akses Internet yang lebih berkualiti, bukan sahaja untuk memperkukuh sektor pendidikan, tetapi juga bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan demi kesejahteraan bersama,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Sabah, beliau berkesempatan mendekati masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap yang membanjiri Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, Tenom dalam suasana penuh mesra, santai dan harmoni. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *