Fahmi sampaikan Kenyataan Negara pada Segmen Peringkat Tertinggi WTSC-25 di Baku, Azerbaijan

Wartawan JM
19 NOV. 2025

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil telah menyampaikan Kenyataan Negara pada Segmen Peringkat Tinggi Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 (WTDC-25) di Baku, Azerbaijan.

“Bagi pihak Malaysia, saya menegaskan komitmen penuh untuk terus memajukan mandat global Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), seiring usaha negara untuk mempertahankan kerusi Majlis ITU bagi penggal 2027–2030,” kata Fahmi dalam hantaran di FB.

Beliau berkata Malaysia akan terus memperkukuh akses ketersambungan sejagat dan mampu milik melalui pelbagai kerjasama strategik.

“Antara fokus utama termasuklah meningkatkan kepercayaan digital dan ketahanan keselamatan siber, memajukan pembangunan kemahiran digital untuk semua, serta memperluas kerjasama serantau dan pelbagai pihak berkepentingan ke arah ekonomi digital yang benar-benar inklusif,” tambah beliau.

Visi Malaysia tetap jelas, kata Fahmi iaitu membina masa depan digital yang berhubung, inklusif dan selamat untuk semua, pada setiap masa dan di mana jua. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *