Graduan perlu tampil sebagai usahawan kreatif, cipta peluang baharu – JM

Oleh: Sholina Osman
25 NOV. 2025

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa keusahawanan masa kini menuntut graduan menggabungkan inovasi, teknologi dan nilai etika dalam setiap usaha yang digerakkan.

Graduan perlu tampil sebagai usahawan yang bukan sahaja kreatif mencipta peluang baharu, tetapi juga memiliki jiwa tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Baginda turut bertitah bahawa dalam dunia maklumat yang bergerak pantas, graduan media dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menyampaikan informasi yang sahih, beretika dan bersifat membina.

Keupayaan berfikir secara kritikal serta memahami kehendak global amat diperlukan bagi memperkukuh keharmonian sejagat.

MEMILIKI KETAHANAN DIRI

β€œGraduan abad ke-21 perlu memiliki ketahanan diri dan keanjalan pemikiran untuk menghadapi dunia pekerjaan yang sentiasa berubah. Kejayaan tidak hanya terletak pada pencapaian akademik, tetapi pada kesediaan untuk terus belajar dan menyesuaikan diri dengan cabaran baharu,” titah Baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Tuanku Canselor menerusi rakaman video sempena Sidang Keempat Istiadat Konvokesyen 20 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Pada istiadat tersebut, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor UniMAP berkenan berangkat bagi menyempurnakan majlis konvokesyen pada petang berkenaan.

Seramai 398 graduan daripada Fakulti Perniagaan dan Komunikasi (FKP) menerima penganugerahan pada sidang itu. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *