PMX tiba di Sandakan untuk lawatan dua hari di Sabah

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
26 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sandakan bagi menghadiri beberapa program yang telah diatur sepanjang dua hari di Sabah.

Beliau menggunakan peluang ini untuk terus mendekati dan memahami keperluan pelbagai lapisan masyarakat di Negeri Bawah Bayu ini.

Sewaktu menyantuni anak-anak muda di Pusat Futsal Sim Sim, Sandakan, beliau tegaskan bahawa belia Sabah, dituntut untuk cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi dan menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri dan negara.

KEMAJUAN DAN SINERGI

Anwar berkata kesinambungan kemajuan dan sinergi padu ini perlu diterjemahkan melalui pemilihan kepimpinan yang tepat, khususnya sewaktu hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini.

“Saya turut mengingatkan hadirin bahawa Kerajaan Persekutuan menyalurkan sekitar RM17 bilion kepada Sabah setiap tahun, berbanding kutipan hasil negeri sebanyak RM10 bilion, dan bukannya mengaut hasil atau khazanah negeri seperti didakwa sesetengah pihak,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata ini bukti jelas usaha kerajaan pusat untuk memastikan negeri ini terus dipacu secara menyeluruh dan berterusan selain memastikan belia dan urang Sabah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *