PMX ajak rakyat Sabah terus sokong Kerajaan MADANI untuk bergandingan dengan Kerajaan Negeri

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
26 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat untuk terus memberikan sokongan, kerana dengan kekuatan Kerajaan MADANI, bergandingan dengan Kerajaan Negeri Sabah, akan dapat meneruskan agenda pembangunan negara.

Beliau berkata ini termasuk memperbaiki keperluan asas, mengukuhkan infrastruktur dan memastikan kesejahteraan urang Sabah diperkasa secara lebih menyeluruh dan berkesan.

MEMBINA MASA DEPAN

“Komitmen kita jelas, untuk membina masa depan yang lebih baik, lebih adil dan lebih sejahtera untuk seluruh rakyat Malaysia, khususnya negeri Sabah dalam perjalanan kemajuan negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar menyantuni masyarakat di Markas KEADILAN Dewan Undagan Negeei (DUN) Karamunting.

Beliau turut menekankan kembali pelbagai bentuk bantuan seperti STR, SARA, BUDI MADANI, inisiatif yang lahir daripada kestabilan politik dan kekuatan ekonomi negara untuk dinikmati semua rakyat, termasuk urang Sabah. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *