




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
28 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Petagas menjadi agen penyampaian yang benar dan tepat berhubung dasar serta usaha kerajaan kepada seluruh komuniti.
“Saya juga memohon agar para pengundi di Petagas memberi peluang kepada Awang Husaini untuk berkhidmat di Dewan Undangan Negeri (DUN) ini kerana beliau hadir dengan tekad, kesungguhan dan agenda perubahan yang nyata,” kata beliau sewaktu temu rapat bersama warga Petagas.
Beliau juga tegaskan sekali lagi bahawa setiap hak, tuntutan dan kepentingan Sabah akan terus dijunjung serta dipelihara dengan penuh amanah di bawah Kerajaan MADANI.
MEMPERKUKUH INFRASTRUKTUR RAKYAT
“Kita sedang memperkukuh infrastruktur rakyat untuk Sabah secara menyeluruh agar negeri ini tidak ketinggalan, bahkan mampu berdiri setara dengan negeri-negeri lain,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Beliau berkata pelbagai bantuan dan inisiatif Kerajaan MADANI turut diteruskan supaya rakyat tidak terbeban. – JM
