



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
28 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mahu melihat Sabah bangkit sebagai sebuah negeri yang benar-benar berjaya, bermaruah dan maju ke hadapan.
Beliau menekankan bahawa masa depan Sabah terletak pada kekuatan, keberanian dan aspirasi anak muda.
Justeru, kata beliau melalui Belanjawan 2026, kerajaan membuka seluas-luasnya ruang untuk generasi ini, daripada peluang pekerjaan, latihan kemahiran, sokongan keusahawanan, sehinggalah pengukuhan ekosistem digital, inovasi dan TVET yang akan menjadi jambatan kepada masa depan yang lebih cerah dan inklusif.
TIDAK MAHU POLITIK
“Kita tidak mahu politik retorik tanpa hasil sebaliknya perubahan yang nyata, dasar yang benar-benar menyentuh kehidupan rakyat, dan pembangunan yang dirasai oleh setiap keluarga di Sabah,” tegas beliau dalam hantaran di FB.
Terdahulu Anwar berkesempatan berinteraksi bersama anak-anak muda di Inanam.
“Insya-Allah, dengan iltizam, semangat dan daya juang anak muda Sabah, kita akan membangunkan sebuah negeri yang makmur, berdaya saing dan disegani,” ujar beliau.
Beliau memohon agar semua memberikan peluang kepada calon-calon Pakatan Harapan untuk bersama membina Sabah yang lebih adil, dan maju. – JM
