




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
28 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan betapa kuasa yang ada adalah untuk diterjemahkan ke arah perubahan yang nyata.
“Kita tidak mahu ada gerombolan yang sekarang menghambur amarah kononnya kita tidak berbuat apa-apa,” kata beliau ketika menyantui warga Bandau untuk calon Dewan Undangan Negeri (DUN) ini, Zaidi Jatil sebagai suara anak muda yang kini mengetuai medan kempen Pakatan Harapan di sana.
Lantaran itu, Anwar menggesa rakyat Sabah untuk menilai kemajuan dalam isu tuntutan hak Sabah sebanyak 40 peratus dan Perjanjian Malaysia 1963 di bawah pentadbiran sekarang.
SEMASA MEREKA BERKUASA
“Bandingkan semasa mereka berkuasa kerana ternyata kita buktikan dengan tekad dan iltizam politik yang kukuh,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Atas sebab itu, beliau menegaskan untuk dukung calon-calon yang membawa suara ini selain yang tidak menanam bibit sengketa antara Sabah dan Persekutuan yang langsung tidak menguntungkan mana-mana pihak. – JM
