
(2 Disember 2025)
Polis tidak pernah menghentikan siasatan kes kehilangan aktivis Amri Che Mat dan pastor Raymond Koh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata siasatan terhadap kedua-dua kes berprofil tinggi itu berjalan secara berterusan, selaras dengan keputusan mahkamah yang meminta polis meneruskan tindakan siasatan.
