PMX tiba di Singapura hadiri Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke 12

4 Disember 2025

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Singapura untuk memulakan program rasmi hari ini dengan menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12.

Pemukiman tahunan ini merupakan platform penting untuk pimpinan kedua-dua negara mempertingkat kerjasama dalam pelbagai aspek, terutamanya perkara berkepentingan bersama.

NEGARA JIRAN TERDEKAT

Sebagai negara jiran yang terdekat serta sahabat ASEAN, PMX yakin hubungan diplomatik Malaysia dan Singapura yang semakin rapat dan kukuh dapat memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Pesawat yang membawa PM mendarat di Kompleks VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 10.39 pagi.

Ketibaan PMX disambut oleh Menteri Luar Dr. Vivian Balakrisnan, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysua Vanu Gopala Menon dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *