Sebanyak 10 ribu peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival Lindung Kerjaya@Program Rancakkan MADANI

4 Disember 2025

Sebanyak 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival LINDUNG Kerjaya@Program Rancakkan MADANI anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok di Pekarangan Dataran Putrajaya, di sini.

Dalam kenyataan hari ini PERKESO memaklumkan pelbagai jawatan ditawarkan meliputi industri utama, termasuk bidang berkemahiran tinggi dan teknikal seperti kejuruteraan, geologi, maritim, keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan tawaran gaji mencecah hingga RM13,000.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *