PMX raikan para pembentang persidangan ‘ Islam and the Emerging World Order’ di Seri Perdana

6 Disember 2025

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meraikan para pembentang persidangan “Islam and the Emerging World Order” yang dianjurkan oleh International Institute of Futures Studies at the International Islamic University Malaysia (IIUM) di Seri Perdana, Putrajaya petang semalam.

Dalam majlis itu PMX, menzahirkan penghargaan atas nasihat dan saranan yang disampaikan dalam pertemuan itu.

Beliau berkata, majlis tersebut dimurnikan dengan berbincang pelbagai spektrum isu mengenai perkembangan isu termasuk cabaran perkhidmatan awam, xenaphobia dan masa depan dunia disebalik cabaran semasa.

Jelas PMX , selain itu, dua wakil dari Sarajevo pula menarik perhatian membincangkan kandungan kitab oleh Tajuddin al-Subki iaitu Mu’id al-Ni’am wa Mubid al-Niqam (The Restorer of Favours and the Restrainer of Chastisements) yang boleh diambil pedoman dalam tantanan semasa.

“” Alhamdulilah. Semoga perbincangan seperti ini dapat dikembangkan dalam membuat penilaian kritis kepada dasar semasa kerajaan dan bagaimana kita boleh menawarkan tindakan dan rancangan yang boleh memberi manfaat bukan sehaja kepada umat Islam tetapi seluruh dunia, ” jelas PMX dalam perkongsian di laman sosial semalam.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *