






5 Disember 2025
Info Ringkas :
Sempena dengan program BRICS Plus Counter-Terrorism Conference 2025 : National and Regional and National Counter Terrorism Strategies Amid Emerging Security Challenges and Threats di Moscow, Rusia, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Moscow dan bertemu dengan T.Y.T Dato’ Cheong Loon Lai, Duta Besar Malaysia ke Russia.
Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan hal ehwal dua hala, perkembangan semasa berkaitan komuniti Malaysia di Rusia, serta perkara- perkara berkaitan kerjasama strategik antara Malaysia dan Persekutuan Rusia khususnya isu-isu yang berkaitan dengan bidang tugas KDN dalam aspek keselamatan.
