








π
5 Disember 2025 (Jumaat)
π Pekarangan Dataran Putrajaya
Hari pertama Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku 2025 berlangsung dengan penuh meriahnya menerusi pelbagai aktiviti, pameran, jualan serta perkhidmatan terus kepada rakyat oleh agensi-agensi kerajaan termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensinya.
Sepanjang program berlangsung, pengunjung telah berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik seperti yang berikut:
- Jom Exchange Al-Quran
- Pendaftaran IβM Volunteer
- Pendaftaran Skuad Antidadah
- Pendaftaran IPFC (IPCC, Police, Friends & Collaborators)
- Pendaftaran Volunteer Smartphone Patrol (VSP)
- Pendaftaran Keahlian RELA
- Khidmat Nasihat Sistem Pendaftaran Pertubuhan (eROSES)
- Semakan MULE
- Pameran Senjata dan Aset Bergerak
- Full Gear PDRM, APMM dan Jabatan Imigresen
- Kaunter Pembayaran Diskaun Saman 70%
- Kaunter Pembaharuan Pasport
- Perkhidmatan Guntingan Rambut Percuma RELA
- Perkhidmatan Bas MEKAR JPN
- Jualan Produk MyPRIDE Jabatan Penjara
- Jualan Produk SUKA AADK
- Persembahan Pentas Briged Seni dan Agensi KDN
Program ini mencerminkan komitmen KDN untuk terus memperkukuh agenda Malaysia MADANI melalui penyampaian perkhidmatan yang inklusif sekali gus memperkasakan keselamatan komuniti menerusi program kesedaran yang terus kepada rakyat.
Jangan lepaskan peluang ini. Kongsikan info ini kepada keluarga, rakan dan kenalan anda, ayuh datanglah beramai-ramai!
