Syarikat-syarikat korporat wajar contoh AirAsia benar kru kabin wanita berhijab – Mohd Na’im

Oleh: Sholina Osman
6 DIS. 2025

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berharap keputusan AirAsia membenarkan kru kabin wanita AirAsia berhijab ketika bertugas akan menjadi contoh terbaik kepada syarikat-syarikat korporat lain di Malaysia.

Beliau berkata semoga syarikat korporat berkenaan akan sentiasa prihatin dan menyokong kebebasan serta hak setiap pekerja dalam menjalankan tuntutan agama mereka, selaras dengan semangat perlembagaan negara dan nilai-nilai Malaysia Madani.

Mohd Na’im berkata demikian dalam
kenyataan media ssbagai mengulas pengumuman dasar pakaian seragam baharu yang lebih inklusif oleh AirAsia.

ATAS KEPUTUSAN MATANG

“Saya menyambut baik dan mengucapkan tahniah atas keputusan matang oleh pihak pengurusan AirAsia,” tambah beliau.

Mohd Na’im berkata langkah ini menunjukkan komitmen syarikat terhadap prinsip kepelbagaian, keterangkuman, dan penghormatan kepada tuntutan agama dalam kalangan pekerja Muslimah AirAsia.

“Tidak lupa juga untuk saya menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan khusus kepada para asatizah dan pihak yang terlibat yang telah gigih mengadakan perbincangan dan libat urus secara berterusan dengan pihak AirAsia,” tambah beliau.

Jelas beliau usaha murni ini merupakan kunci kejayaan dalam merealisasikan pilihan seragam berhijab ini, yang dijangka akan mula dilaksanakan pada suku pertama tahun 2026. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *