








KOTA KINABALU, SABAH, 13 Disember 2025 – YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), telah mengadakan lawatan kerja ke kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di UTC Kota Kinabalu.
Lawatan ini bertujuan untuk memantau keberkesanan serta menambah baik mutu perkhidmatan kaunter jabatan-jabatan bawah KDN yang disediakan menerusi platform UTC. Dalam masa yang sama, beliau turut meneliti keperluan serta kemudahan pejabat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tidak tergendala, sekali gus dapat memendekkan tempoh urusan di pejabat kerajaan.
Turut hadir, YBrs. Puan Ainah binti Mohd Soon, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik KDN, YBhg. Datuk Sh Sitti Saleha @ Sh Saleha binti Yussof, Pengarah Imigresen Negeri Sabah, dan YBrs. Encik Farid H. Askali bin Ibrahim, Pengarah Pendaftaran Negara Negeri Sabah.
