










20 Disember 2025
Komitmen Kerajaan MADANI Demi Keselamatan dan Kesejahteraan Anda
Setiap undang-undang bukan sekadar teks di atas kertas, ia adalah pelindung kepada kehidupan seharian rakyat.
Sepanjang tempoh 2021 hingga 2025, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melaksanakan pembaharuan dan pindaan ke atas pelbagai akta utama negara bagi memastikan undang-undang sentiasa relevan dengan cabaran semasa, melindungi hak rakyat serta menjamin keselamatan dan kedaulatan Malaysia.
Pembaharuan ini berpaksikan tiga Teras utama:
πΉ Kesejahteraan Sosial & Hak Rakyat β memastikan keadilan, pemulihan dan perlindungan golongan rentan
πΉ Keselamatan Awam & Profesionalisme Penguatkuasaan β memperkukuh integriti, kecekapan dan kepercayaan rakyat
πΉ Kedaulatan & Kawalan Sempadan Negara β mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman jenayah rentas sempadan
Antara fokus utama termasuk pengurusan dadah berteraskan pemulihan, perlindungan mangsa pemerdagangan orang, pengukuhan sistem kewarganegaraan dan pendaftaran negara, profesionalisme pasukan keselamatan serta kawalan sempadan yang lebih menyeluruh.
π Kesemua pencapaian ini adalah hasil komitmen bersepadu dan kepimpinan padu
di bawah kepimpinan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN, Pengurusan Tertinggi Kementerian, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta warga kerja KDN dalam memastikan setiap dasar dan undang-undang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Kerana bagi kami di KDN, keselamatan, keadilan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan hari ini demi untuk masa depan.
π Ketahui lebih lanjut di Portal Rasmi KDN:
π www.moha.gov.my
