πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐒𝐄𝐓𝐔𝐉𝐔 πŠπ„π‚π”π€π‹πˆπŠπ€π 𝐒𝐄𝐖𝐀 π‘π”πŒπ€π‡ 𝐆𝐀𝐏𝐄𝐍𝐀 – π€π‡πŒπ€πƒ π™π€π‡πˆπƒ

PetalingJaya : Kerajaan bersetuju memberikan pengecualian bayaran sewaan kepada Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), yang beroperasi di bangunan milik Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Belfield, Bukit Petaling ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengecualian sewaan terhadap premis yang kini dikenali sebagai Rumah Gapena itu, diambil sebagai komitmen kerajaan dalam membantu meneruskan kelangsungan karya kesusasterawan, budaya seni dan bahasa negara.

β€œSaya ada menerima surat daripada Datuk Zainal Abidin Borhan (Presiden Gapena), yang memohon pengecualian bayaran ini, malah sebelum ini pun Tan Sri Latiff Bakar juga ada mohon untuk pengecualian itu.

β€œSaya ada dua pilihan, sama ada mengecualikan (bayaran sewa) itu atau mengurangkan (kadar sewaan), jadi saya pilih yang pertamalah,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah, sempena sambutan 55 tahun Gapena hari ini.

πŸ“Έ Genes Gulitah | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *