


21 Disember 2025
Sejak lebih 20 tahun lalu, penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan oleh setiap Kerajaan yang memerintah, namun tiada yang punyai keberanian dan tekad politik untuk melaksanakannya.
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI telah mengambil langkah berani menerusi BUDI95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia, dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing serta puluhan ribu liter yang diseludup ke luar negara.
PMX berkata, hasil keberanian itu menyaksikan kita menjimatkan RM800 juta setakat ini, dan setiap daripadanya dipulangkan kembali kepada rakyat melalui STR dan SARA, selain menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara.
