AMARAN SCAM | PENIPUAN PEKERJAAN

23 Disember 2025
(Info Ringkas)

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan, kerja mudah dan tidak memerlukan pengalaman. Modus operandi sindiket penipuan pekerjaan lazimnya bermula melalui media sosial atau aplikasi pesanan, sebelum mangsa diminta membuat bayaran deposit atau menyerahkan maklumat perbankan peribadi.

⚠️ Ingat, majikan yang sah tidak akan meminta sebarang bayaran untuk urusan pekerjaan.
⚠️ Jangan sesekali menyerahkan akaun bank atau kad ATM kepada mana-mana pihak.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada, menyemak kesahihan tawaran pekerjaan dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *