
23 Disember 2024
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan bahawa warga asing tidak dibenarkan memohon atau memiliki lesen penjaja, peniaga kecil mahupun lesen bagi sebarang premis perniagaan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Penegasan ini adalah selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada serta bertujuan melindungi peluang ekonomi rakyat tempatan, memastikan tadbir urus perniagaan yang berintegriti dan memelihara ketenteraman awam di kawasan pihak berkuasa tempatan.
KPKT akan terus bekerjasama dengan PBT bagi memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara berhemah, konsisten dan berlandaskan prinsip Malaysia MADANI.
Sumber: Jawapan Pertanyaan Lisan Soalan No. 2 oleh YB Menteri KPKT di Dewan Rakyat, 28 Julai 2025
