
24 Disember 2025
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam dunia yang berdepan ketidaktentuan ekonomi, konflik kemanusiaan dan perpecahan sosial, Malaysia memilih jalan perpaduan, dialog dan saling menghormati sebagai asas membina masa depan negara.
Beliau berkata, kerajaan MADANI percaya keharmonian tidak lahir secara kebetulan, tetapi dibina melalui dasar yang adil, peluang yang saksama, serta budaya saling memahami dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum.
Jelas PMX lagi, perpaduan yang tulen terzahir apabila setiap warga dihormati, dilindungi dan diberi ruang untuk menyumbang kepada masa depan negara.
“Sempena sambutan Hari Natal ini, marilah kita memperkukuh tekad untuk menolak kebencian dan menyemai empati, kerana kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian.
” Selamat Hari Natal kepada semua penganut Kristian yang menyambutnya esok, moga sambutan ini membawa kedamaian, keharmonian dan kemakmuran kepada Malaysia serta seluruh rakyatnya, ” ujar PMX dalam perkongsian di laman sosialnya hari ini.
