

Oleh: Sholina Osman
25 DIS. 2025
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki warganegara tempatan berpakaian menyerupai wanita semasa menghadiri sebuah majlis bertaraf antarabangsa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata JAWI juga perlu mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
“JAWI juga diminta bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi menurunkan kandungan berkaitan di media sosial,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.
ISU YANG TULAR
Zulkifli berkatq Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius isu yang tular di media sosial berkaitan isu yang tular di media sosial ini.
Jelas Zulkifli perbuatan tersebut telah mengundang reaksi negatif masyarakat dan disifatkan sebagai mencabar sensitiviti agama serta norma budaya di negara ini.
“Dari perspektif Islam, perbuatan menyerupai jantina lain adalah bercanggah dengan syariat dan tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat,” tegas beliau lagi.
Dalam masa yang sama, beliau berkata pendekatan dakwah dan pencegahan akan terus diperkukuh melalui khutbah, program keagamaan dan penyampaian di media sosial bagi meningkatkan kefahaman masyarakat serta memelihara keharmonian dan nilai budaya negara. – JM
