Sindiket dadah antarbangsa tumpas, dadah seberat 6.2 tan bernilai RM1.4 bilion dirampas

27 Disember 2025

Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) atas kejayaan menumpaskan sindiket dadah antarabangsa menerusi Op Gaharu 2.0 di sekitar Lembah Klang.

Serbuan yang dijalankan pada 21 Disember 2025 berjaya merampas dadah seberat 6.2 tan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.04 bilion, melibatkan dadah jenis MDMA, kokain dan ketamin.

Rampasan ini dianggarkan mampu menyelamatkan sehingga 20.7 juta pengguna daripada ancaman penyalahgunaan dadah.

Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan KDN dan PDRM dalam memperkukuh agenda #WarAgainstDrugs, membanteras jenayah terancang rentas sempadan serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Dadah Musuh Negara.
Keselamatan Rakyat Keutamaan Kami.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *