












28 Disember 2025
Sabah terus mengorak melangkah sebagai negeri yang lebih maju dan makmur di bawah Kerajaan MADANI melalui pelaksanaan dasar berteraskan komitmen terhadap MA63, pengurusan infrastruktur yang lebih berkesan, serta pemerkasaan sektor teras seperti tenaga, pelancongan, pertanian moden, ekonomi biru, selain jaminan keselamatan dan kedaulatan yang lebih kukuh dan utuh.
Semua inisiatif ini dirancang dan dilaksanakan dengan semangat kebersamaan, ketelusan dan tanggungjawab agar manfaat pembangunan dapat dinikmati rakyat Negeri di Bawah Bayu ini secara saksama, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Insya-Allah, tekad ini akan diperkukuh pasca pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu bagi mempercepat agenda pembangunan melalui pelaburan strategik, ekonomi inklusif, pemerkasaan infrastruktur asas dan penciptaan peluang pekerjaan berkualiti, selari dengan potensi sebenar negeri ini.
